Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s. a. w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina
Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan
mintalah seorang khadam untuk membantumu."
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s. a. w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s. a. w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s. a. w. berkata :
"Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua
daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s. a. w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s. a. w.
ini. Katanya
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan
kepadaku."
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah
petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
InysyaAllah jika ngan izin Allah maka masalah penatt xmuncul lagi, tpii jadikanlah amalan harian
kite. sekadarr share drii sy:
darkmiey86
RELUNG KEHIDUPAN by Prof Dr Muhaya
9 years ago